aku bukan pandai untuk berpuisi, untuk bermadah, untuk berucap seperti orang lain,
tp kujuga punyai hati untuk diisi,
cuma hati ini masih lagi kosong,
jangan salahkan pintu tidak dibuka,
salahkan tuan pintu yang leka didalam,
leka dengan dunianya sendiri,
tp jauh sudut tuan pintu,
berharap untuk pintunya diketuk,
agar terbuka suatu hari,
jika puas diketuk hingga bercalar seluruh buku lima,
maka pulanglah, mungkin tuan pintu masih leka,
biarkan tuan rumah leka,
dengan dengan dunianya,
tetapi jauh sudut hati,
tuan pintu masih lagi menunggu,
menunggu pintunya diketuk, buat kali terakhir,
pasti akan dibuka,
Tuesday, November 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kalau tuan rumahnya pasti,tamu yang mengetuk pintu tak henti-henti tadi mahu saja mengetuk buat kali akhir..kalau jua tuan rumah sudi kuakkan pintunya..sbb hati si tamu yang mengetuk pintu itu maseh lagi setia dgn rumah ni..
ini suara pintu;
di depan dan belakang
datang dua insan bertandang
yang satu mengetuk nanti dibuka
yang satu mendengar, berkira2
ini masih suara pintu;
apa kalian masih dibutakan?
apa kalian mahu dibodohkan?
suara hati kamu2 menjerit2
suara jiwa kamu2 sudah sakit
ini juga suara pintu;
berdamar2 tubuhku kau ketukkan
berlebam2 jemari kamu dihentak2kan
diam sebentar, pejamkan mata
dengarkan kata tulus kalian berdua
dan ini pula suara hati;
hey hati sana, kamu bagaimana?
aku di sini kepenatan, serasa gila
apa harus kita laku bermula dengan sini?
maukah kau andai ku ketuk pintumu lagi?
lalu yang ini suara hati yang satu lagi;
hey hati situ, kamu pula bagaimana?
aku masih tak tentu, terpulang pada anda
mampukah kita menongkat langit nanti?
haruskah kita diamkan dan biarkan rasa ini?
hingga datang suara aku;
sang bodoh2 bangkitlah dari tidur
cinta itu ada tapi kalian mau berdengkur
siapa yang tahu apa mendatang
tapi perlukah bersuluh ketika terang?
dan tetangga pintu kamu berkata;
pintu 1: gerangan apa diketuk bertalu
pintu kamu: diketuk hati mati maka diketuk aku
pintu 2: kasihan mati hatinya
pintu kamu: mati tidak kerna darahnya ada
pintu 3: habis kenapa hatinya mati
pintu kamu: kerna jiwanya bebal. kerna matanya tuli. kerna telinganya bisu.
pintu 2: mana mungkin mati hatinya. perlu renjatan barangkali.
pintu kamu: direnjat usah. terkejut darahnya membuak.
pintu 3: perlu diusap barangkali. umpama anunya diusap bangkit ia.
pintu kamu: apa kamu lucah. bicara anu tuan ku.
pintu 3: apa lucah. anunya itu jasadnya. anunya itu egonya.
pintu 2: usah bingit. ketukan itu sudah tiada.
pintu 3: tanda hati sudah sedar mungkin. atau hati di sana juga sudah mati. kasihan. Innalillah.
pintu: 1: kenapa di Innalillah kan. roh mereka masih di jasad.
pintu 3: Innalillah untuk bencananya. bencana hati2 mereka yang mati.
pintu 1: kurang ajar kamu ini pintu 3.
pintu 2: usah gaduh2. mana mungkin hati mereka mati. mana mungkin ego anunya hilang.
pintu kamu: kasihan mereka.
pintu 1: kasihan mereka.
pintu 2: kasihan mereka.
pintu 3: kasihan mereka.
Post a Comment