Monday, March 3, 2008

tentang entiti jiwa,perasaan, cinta

jika kita berbicara tentang hati
satu entiti tuhan cipta
begitu susah untuk dipahami

kalau hati gundah
datanglah seribu nasihat
satu pun tidak masuk kepala

jiwa, mainan perasaan
makin dipikir makin berserabut
akal, mainan fikiran
guna akal, tindak waras

cinta?
apa?
kenapa?
harus?

apa cinta?
harus bercinta?
kenapa bercinta?

kalau semua cinta itu indah
maka tiada mainan perasaan
tiada berserabut

cinta itu indah
kalau kena cara
tapi, sekali merana
rosak semua

ah, aku serabut pikir ini
aku serabut pikir itu
semoga kau tidur lena sahabat
hadapi ini dengan tenang
semua akan baik
semua akan baik dan
semua akan baik

6 comments:

Eamy said...

bila sang sahabat merana,
kita turut merasa ironinya,
bila sang sahabat menjerih,
kita turut terkena tempiasnya,
mungkin ini saat sang sahabat terasa getirnya..
mungkin hari esok kita pula,
siapa tahu..
semoga semuanya akan baik-baik belaka..amin!

Fynn Jamal said...

terima kasih kerana ada.
terima kasih kerana masih memegang tangan saya.
terima kasih kerana jiwa kamu tidak sanggup melepas semua.
terima kasih, saya tidak perlu cinta.

cukuplah,
kamu ada.

kambeng7 said...
This comment has been removed by the author.
kambeng7 said...

saye pon tumpang serabut.

Scattered Kim said...

saye sukeeee blog kamuuu arm!
update! update! wheeeheee...

rahiza said...

wah.
aku suka entry ini!