hari ini aku takde keje, so aku dtg klcc renew lesen dan byr segala bill yang tertunggak..alang lepak aku online kejap, aku bace blog fynn, aku bace blog fatin, jahilnya aku, kerana aku, kami jauh, aku tak pernah mintak untuk terusan begini, aku, fynn, kami agak jauh, fizikalnya tidak nampak, tp aku dapat rasakan..
betapa jauh kami, sumpah aku tidak mau semua ini, adakah sebab wujud entiti ke-3?kalau sekalipun wujud entiti ke 800, aku masih mau kamu, kamu yang aku maksudkan keci!
yah, mood aku yang ibarat pelangi memancar2 kini agak mendung bila baca blog kamu2, mungkin aku harus menyisih?
ya..mungkin...kewujudan aku tidak menggembirakan kalian, tanpa aku korang masih boleh keci,
biarlah untuk kehidupan, kegembiraan kalian, mngkin aku lupuskan kewujudan aku.
buat semua, ampun beribu ampun..aku hanya insan biasa, jahil aku kalian terseksa, persahabatan punah.
Monday, December 3, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
nasib baik kamu ini
tidak aku kenali
kamu ini melawak
jika aku sahabatmu
pasti akan aku sergahi
sehingga kamu sedar
di mana kelakian kamu
di mana kejantanan kamu
kenapa kecut telur kamu
mengapa mesti dibuang
rakan sahabat kerna perempuan
mengapa mesti diputus
hubungan mesra kerna perempuan
mengapa mesti hilang
gurau senda kerna perempuan
kamu buat aku malu
mengaku lelaki
nasib baik kamu ini
tidak aku kenali
jawapannya bukan kerna perempuan...
tp masalah 3 dimensi..
aku pun susah nk paham..
kalau mahu...aku mahu adil...
adil untuk semua....
aku sayang kawan...
kamu bodoh kerana fikirkan
kerana perempuan itu aku akan biarkan
engkau berlari tak terpanggilkan
kamu bodoh kerana aku tak akan!
kamu buta kerana tak nampak
aku yang kasih engkau mengelak
jangan hal ini kita menjarak
jangan sekali jangan kau gerak.
keci perlu kamu.
keci sayang kamu.
keci cinta kamu.
sumpah kita mau sampai mati.
apa engkau sudah lupa?
azam kita mahu tua bersama nanti.
apa engkau tak mahu pula?
tolong jangan pergi.
kami sayang kamu.
kamu bengong
cerita keadilan
cerita 3 dimensi
dalam diri
ada Tuhan; yang pertama
ada keluarga; kedua
ada kasih; ketiga
ada sahabat; keempat
ada masyarakat; kelima
kata pada semua
kamu sayang mereka
jujur pada semua
kamu sayang mereka
namun mana mungkin
adil untuk semua
Post a Comment