Wednesday, January 2, 2008

welcome 2008

selamat tinggat dua ribu tujuh!
Tahun yang byk menduga hidup saya, pelbagai coretan suka duka berlaku. Dan tahun nie jugak byk mengajar saya erti berkawan, erti bercinta, erti kehidupan sebenar.Apa yang berlaku akan dianggap sebagai pahit manis kehidupan.

dua ribu tujuh, saya terjun kedalam bidang fotografi sebagai minat dan karier on & off, alhamdulillah berkat sokongan kawan-kawan, mereka menyokong ape yang sy lakukan sekarang.

dua ribu tujuh, erti persahabatan, dalam kata lain saya berjumpa pelbagai jenis ragam manusia yang digelar kawan, ada yang betul-betul mahu berkawan, ada yang sekadar bertegur hye bye, dan ada juga yang sekadar mahu meminta simpati dan sebaliknya. dalam persahabatan saya mempunyai satu group yang kami sendiri panggil keci. datangnya nama nie adalah dari ira. mungkin sebab dia selalu sebut "kamu,kamu kamu..keci!"so kami letak la nama keci. episod keci bermula dari persahabatan beberapa kawan dan akhirnya menjadi sebuah keluarga besar dan segala ini bermula semasa kami ke port dickson.merekalah sahabat, adik, abang, kakak, dan teman. segala suka duka kami berkongsi bersama, tiada yang lebih dan tiada yang kurang, kredit kepada takky, ira,fynn, cham, fatin, aca, shah, wok, farah, mike,yanti, didie, lynz dan syed.ternyata kamu keci.

terlalu banyak ntuk diluahkan untuk dua ribu tujuh. tp cukuplah sekadar dua ribu tujuh datang dan pergi macam tahun-tahun yang lain, bezanya dua ribu tujuh mematangkan saya dari segala sudut.semoga dua ribu lapan yang datang tidak saya sia-siakan.

disini sy uplodkan soretan gambar sepanjang dua ribu tujuh.

sekian.


4 comments:

FATENEDAN said...

hahhak..u letak gamba mms..dem!kantoi..niway tanks arm..gamba2nye kecy..pe lagi,kasi bg loo..muahss!!

emme~ said...

sronoknye punya teman-teman keci..

kim slm sama sissy ira ya..?!

lama x ketemu same die...!

*wink*

rockafellaswrote said...

emme, salammu akan ku sampaikan..

Fynn Jamal said...

aik. ada yang bukan gmbar kecy tu.
*perangat*

hahahahah

sayang sekali pada keluarga ini.